Program Sambutan Hari Raya
23 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Julai 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Sambutan Hari Raya. Program ini diadakan untuk memberi sedikit jamuan makan dalam sambutan hari raya kepada penduduk kampung. Program ini dijalankan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program sambutan hari raya ini dijalankan adalah untuk berkongsi kegembiraan sambutan hari raya bersama penduduk kampung. Menu makanan yang dapat kami sediakan seperti me goreng dan me sup. Kami juga turut menyediakan kuih raya seperti almond london,tat dan byk lagi. Di samping jamuan makanan ini, kami juga dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: