Maklumat Komuniti
MAKLUMAT KOMUNITI
KG. SEMANGAR DALAM
Kampung Semangar Dalam terletak di dalam daerah Kota Tinggi di Bawah Mukim Ulu Sungai Johor. Menurut sejarah, Kampung Semangar telah pun diterokai sekitar awal tahun 1800-an dengan gabungan 3 kampung tradisi iaitu Kampung Semangar Dalam, Semangar Luar dan Kempas Menang. Di awal pembukaan kampung ini dikatakan hanya 10 orang yang datang sekeluarga untuk membuka kampung disini.
Untuk sampai ke kampung ini, kita boleh melalui Jalan Kota Tinggi - Kulai ataupun Jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara. Jarak antara Bandar Kota Tinggi ke kampung ini kira-kira 15 km jika melalui Jalan Kota Tinggi - Kulai dan 20 km jika melalui Jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara. Di awal pembukaannya, kampung ini hanya boleh dihubungi menggunakan laluan Sungai Johor sahaja. Namun kini, jalan raya bertar telah disediakan untuk kemudahan semua.
Populasi
Keseluruhan penduduk di sini adalah dari Kaum Melayu dengan anggaran seramai kira-kira 800 orang. Keluasan kampungnya pula ialah kira-kira 1,500 hektar. Dari segi pekerjaan di peringkat awal, kebanyakan penduduk mengusahakan pertanian membabitkan tanaman getah, dusun dan tanaman kontan. Namun pada hari ini, kebanyakan ada yang masih mengusahakan tanaman berasaskan pertanian disamping terdapat juga yang bekerja sebagai buruh ladang, perkhidmatan kerajaan dan swasta.
Antara kemudahan asas yang terdapat disini adalah kemudahan air dan elektrik, sekolah kebangsaan dan agama, balai raya, dewan, masjid, taman permainan, gelanggang futsal dan takraw, klinik desa, perpustakaan desa, kedai runcit, gerai makanan dan Pusat Ekonomi Digital Malaysia.
Parlimen
Y.B. Dato’ Sri Dr.Adham bin Baba
Jawatan dalam Kabinet : Menteri Kesihatan Malaysia
Parti : BN -UMNO
Parlimen : P155
Kawasan : Tenggara
No. Telefon : 03-8883 2527
No. Fax : 03-8888 6188
E-Mail : ddradham@moh.gov.my
Alamat Surat-menyurat :
Pejabat Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 13, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA.
DUN
Kawasan Pilihanraya : N.34 PANTI
Nama : YB. Tuan Hahasrin bin Hashim
Alamat : Pejabat Khidmat Wakil Rakyat DUN Panti,
No. 16, Jalan Indah 9,
Taman Sayong Indah,
81440 Bandar Tenggara,
Johor
No. Telefon : 07-896 2850
No. Faks : 07-896 2850
Parti : BN-UMNO
KETUA KAMPUNG
Nama : En.Md Halim bin Abidin
Jawatan : Ketua Kampung
No Telefon: 011 1234568