Keusahawanan
Satay Ayam Lembu
Penjualan satay ayam dan lembu oleh Abang Aizan bin Aziz semakin mendapat sambutan bukan sahaja dari Kampung Semangar, malah semakin meluas hampir ke seluruh Kota Tinggi. Dengan penjualan secucuk satay dengan hanya 40sen menjadi rebutan orang ramai kerana harga yang amat murah. Tambahan, beliau meniaga pada setiap petang berhadapan masjid Kampung Semangar. Untuk sebarang tempahan satay, anda boleh berhubung di talian 019-7380536.
Perusahaan Perikanan Talapia Merah
Encik Saim telah mengusahakan perikanan talapia merah yang terletak di no 87 Kampung Semangar Luar. Perusahaan ini sangat luas dengan kelengkapan yang cukup. Harga yang di tawarkan juga amat berpatutan. Hubungi Encik Saim untuk sebarang tempahan di talian 012-7397403.
Perusahaan Ikan Perkasam
Puan Saleha telah menguasahakan perusahaan ikan perkasam yang terletak di Kampung Semangar Luar. Perusahaan ini dijalankan sepenuhnya oleh beliau dan ahli keluarga. Ikan perkasam ini juga akan di paketkan terlebih dahulu sebelum menjualnya. Harga yang di tawarkan juga amat berpatutan. Sebarang tempahan boleh hubungi beliau di talian 013-7015440.
Perusahaan Angsa dan Ayam
Encik Saim telah mengusahakan penjagaan angsa dan ayam yang terletak di no 87 Kampung Semangar Luar. Angsa dan ayam ini bebas dalam satu kawasan yang agak luas dan turut disediakan kawasan teduh seperti reban yang baik. Di kawasan tersebut juga terdapat juga bekalan air dari tasik buatan yang dapat menampung minuman bagi ternakan tersebut. Hubungi Encik Saim untuk sebarang pertanyaan di talian 012-7397403.
Perusahaan Pokok Pisang
Encik Saim telah mengusahakan penanaman pokok pisang yang terletak di no 87 Kampung Semangar Luar. Penanaman pokok pisang ini agak luas dan juga terdapat pokok pisang yang sudah matang dan juga yang baru ditanam. Harga yang di tawarkan juga amat berpatutan. Hubungi Encik Saim untuk sebarang tempahan di talian 012-7397403.
Menjual Roti Paratha
Penjualan roti paratha dalam talian yang di usahakan oleh Siti Nurkhalidah semakin mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan sekitar. Beliau mendapat pelbagai tempahan dalam talian dan juga menghantar roti tersebut ke tangan pelanggan. Beliau menjual roti paratha adalah untuk menjana pendapatan tambahan dan menjadikan “business sampingan” di luar waktu kerja. Sebarang tempahan oleh hubungi beliau di no 01128971675 atau di facebook siti nurkhalidah.