Rekreasi Dan Pelancongan
Air Terjun Kota Tinggi
Air terjun merupakan mercu tanda kampung ini yang menjadi tarikan utama para pelancong untuk datang ke tempat ini. Di sini terdapat kawasan yang penuh diliputi kehijauan alam dan keindahan semula jadi. Air terjun yang indah ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Sungai yang nyaman menyediakan tempat yang sesuai untuk pelawat bermandi-manda, serta lokasi yang menarik untuk berkelah. Keindahan semulajadi di sini sungguh menyegarkan, lantas menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun luar.
Gelanggang Futsal
Terdapat juga kemudahan gelanggang futsal yang disediakan. Gelanggang ini boleh digunakan pada bila bila masa sahaja.
Hutan Lipur Panti
Gunung Panti atau hutan lipur panti ini terletak berhampiran dengan Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor. Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 456 meter (1,498 kaki). Gunung Panti mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Kebiasaanya gunung ini menjadi tempat rekreasi para pengunjung yang gemar untuk mendaki gunung sambil menikmti memandangan flora dan fauna. Bagi mereka yang ingin mendaki gunung tersebut ianya mengambil masa perjalanan selama dalam 3-3jam setengah tiba dipuncak.
Firefly Kota Tinggi
Firefly terletak di Kota Tinggi jalan menghala ke Mersing iaitu jalan (Kota Tinggi-Mersing). Mereka yang ingin melihat kelip-kelip pada waktu malam, boleh mengunjungnya serta menikmati keindahan keunikan kelip-kelip ini. Di firefly pengunjung juga boleh merasai makan di restoran terapung sambil melihat kelip kelip. Bagi mereka yang ingin melihat keindahan kelip-kelip boleh dating atau hubungi 017-4607775 untuk mengetahui lebih lanjut dan tiket masuk adalah RM 15.00 seorang.