Program pemberian kurma dan air
23 Jun 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Jun 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Pemberian Kurma dan Air. Program ini diadakan untuk menyemarakan lagi sambutan bulan ramadhan. Program ini dijalankan bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Program ini dijalankan adalah untuk memberi sedikit buah tangan berbentuk kurma dan air kepada komuniti untuk menaikkan lagi rasa cinta pada bulan ramadhan. Pemberian ini diedarkan kepada pengunjung Pusat Ekonomi Digital 1 malaysia. Pemberian ini juga diberikan kepada mereka yang menjual makanan di bazar berhadapan dengan Pusat Ekonomi Digital 1 malaysia. Dengan cara ini, kita dapat mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan lagi bazar ramdhan di kampung ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: