KDB Tabika (Maklumat Peribadi & Palsu)
4 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 3 Mei 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program KDB Tabika (Maklumat pribadi & palsu). Program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu tentang Maklumat pribadi & palsu. Dalam Program ini juga, kami mengadakan aktiviti seperti mencari barang tersembunyi dan mewarna. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program ini dijalankan adalah untuk merapatkan hubungan dan mesra terhadap pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia dengan pihak tabika dan pelajarnya. Program ini disertai oleh 43 orang murid dan 4 orang guru. Program ini dimulakan dengan sedikit perkongsian tentang apa itu maklumat pribadi & palsu. Pelajar juga didedahakan dengan isu-isu semasa yang terjadi di Malaysia. Setelah tamat perkongsian, sesi soal jawab dibuka.
Seteleh itu, aktiviti mencari barang tersembunyi dan mewarna dijalankan. Guru-guru juga boleh membantu murid-murid bagi memudahkan mereka menyiapkan aktiviti dengan baik. Setelah selesai aktiviti, sesi penyampaian hadiah juga dijalankan kepada para pemenang. Hasil bahan dari aktiviti tersebut dijadikan bahan pameran di dalam Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia sebagai tanda menghargai hasil mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: