Elearning Kahoot Tahap 2
09 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos Jun 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas elearning kahoot tahap 2. Program ini diadakan untuk latih tubi dan menguji minda para pelajar dalam mengingati pelajaran yang telah diajar oleh guru di sekolah. Kelas Kahoot ini dijalankan bertujuan untuk mereka melatih diri dalam pelbagai soalan yang dikemukan di sekolah samaada didalam ujian bulanan atau peperiksaan. Kahoot ini sangat bermanfaat kepada para pelajar, dimana para pelajar dapat mengulang kaji pelajaran mereka disamping berlawan dengan rakan mereka untuk mendapatkan markah yang tinggi. Ini menjadi persaingan yang sihat dan mereka bersemangat untuk berlawan untuk mendapat markah yang tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: