Adobe Photoshop (Gambar Passport)
08 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Adobe Photoshop (Gambar Passport). Kelas ini diadakan untuk mengajar komuniti untuk menggunakan software Adobe Photoshop dengan cara dan fungsi yang betul. Adobe Photoshop berfungsi sebagai satu medan untuk melukis,mewarna dan melakarkan sesuatu dengan menggunakan mouse dan tools yang disediakan. Kelas ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar komuniti tentang sofware Adobe Photoshop serta melatih mereka tentang cara penggunaan software ini. Dalam kelas kali ini, kami mengajar komuniti untuk mengedit gambar passport dengan baik. Dengan menggunakan gambar yang diambil di google, kami menggunkan gambar tersebut untuk dijadikan gambar passport. Kami juga menerangkan tools yang terdapat dalam Adobe Photoshop dan cara untuk menggunakannya. Kami juga menerangkan fungsi layer yang mengabungkan gambar menjadi satu gambar solid.melalui layer-layer tersebut, kami boleh menghasilkan satu gambar passport dengan baik. Di dalam layer tersebut, satu layer akan dijadikan base layer yang berfungsi sebagai gambar background. Seterusnya, kami mengajar tentang ton colour seperti kecerahan , bayang dan sebagainya. Dengan menambahkan ton tersebut, gambar akan menjadi lebih cantik dan terang. Hal ini dapat membantu komuniti memperolehi gambar passsport yang berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: