KDB – Kelebihan dan keburukan internet
11 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Februari 2017, Kelas KDB – Kelebihan dan keburukan internet dijalankan untuk memberi pendedahan tentang kelebihan dan keburukan apabila hidup dalam dunia internet. Di dalam kelas ini, kami menyelitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini akibat penyalahgunaan internet kepada masyarakat. Sambutan kelas ini amat memuaskan dengan penglibatan penduduk kampung. Kelas ini dijalankan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 pagi.
Kelas KDB ini dijalankan adalah untuk memberi maklumat dan kefahaman tentang kelebihan dan keburukan internet kepada masyarakat. Dalam era globalisasi ini, jenayah jenayah siber sering berlaku dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dengan pendedahan ini dapat membantu masyarakt agar sentiasa berwaspada dan berhati hati dengan dunia siber. Kami juga turut menyediakan beberapa contoh video terhadap keburukan internet yang sering disalahgunakan oleh masyarakat. Kami juga menerapkan kepada masyarakat agar menggunakan internet dengan tujuan yang betul. Oleh itu, kemudahan internet ini akan memberi kebaikkan kepada masyarakat sekiranya mereka bijak untuk menggunakannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: