Kelas Anyaman Ketupat
11 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 Jun 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Anyaman Ketupat. Kelas ini diadakan untuk mengajar komuniti tentang cara-cara anyaman ketupat. Dalam Kelas kali ini kita akan mempelajari satu persatu cara anyaman ketupat seperti ketupat sate dan bawang. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Kelas Anyaman Ketupat ini dijalakan adalah untuk mengajar komuniti yang tidak tahu atau mahir dalam seni anyaman ketupar di samping menyemarakan lagi suasana hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Di dalam kelas ini, kami dapat mengajar mereka seorang demi seorang agar mereka lebih paham dan nampak setiap pergerakkan. Pada peringkat awalnya, mereka agak kekok untuk melipat daun ketupat tetapi saya percaya lama kelamaan setelah biasa melatih diri dengan anyaman ketupat ini, jari-jari mereka akan biasa dengan daun ketupat tersebut. Hasil dari semua anyaman ketupat itu dijadikan hiasan di Pusat Ekonomi Digital 1 malaysia ini dan selebihnya mereka boleh membawa pulang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: