Kelas Ku Dengar Ku Tulis
25 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 Disember 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas ku dengar ku tulis. Kelas ini diadakan untuk memberi kemahiran mendengar dan menaip pada masa yang sama. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Kelas ku dengar ku tulis ini dijalankan adalah untuk memberikan kemahiran kepada mereka agar biasa dan cepat peka terhadap perkara yang didengarnya. Kami mengajar cara untuk mereka dapat mengetahui bait-bait lirik yang ada pada sesebuah lagu itu. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberikan ketenangan dan keseronokan terhadap lagu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: