Kelas Online Shopping
04 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 3 Jun 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Online Shopping. Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan terhadap jual beli dalam internet. Dalam Kelas kali ini kita akan mengenal laman sesawang yang memberi perkhidmatan online shopping yang dipercayai. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Kelas Online Shopping ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang jual beli melalui internet. Kami menerangkan fungsi-fungsi laman shooping ini diadakan dan tujuan mereka membina laman sesawang ini. Dalam kelas ini, kami memberi peluang kepada mereka untuk melayari laman sesawang shooping seperti mudah, lazada, shoopee, zalora dan sebagainya. Disini juga, mereka dapat membandingkan barang-barang di setiap laman tersebut untuk mendapatkan harga yang terbaik. Mereka juga diajar untuk menjual barang milik mereka dalam laman shooping. Dengan ini, mereka dapat memanfaatkan online shooping ini dengan sebaik mungkin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: