Kelas Power of Keyboard
25 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 24 Februari 2017, Kelas Power of Keyboard telah dijalankan untuk memberi pendedahan tenang fungsi-fungsi papan kekunci kepada komuniti. Di dalam kelas ini, kami melatih komuniti untuk menaip menggunkan papan kekunci dengan cekap dan memahami setiap fungsi button pada papan kekunci tersebut. Sambutan kelas ini amat memuaskan dengan penglibatan penduduk kampung. Tambahan lagi, kelas ini diadakan atas permintaan generasi muda yang ingin belajar lebih terperinci dalam penggunaan komputer. Kelas ini dijalankan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 pagi.
Kelas Power of Keyboard ini dijalankan adalah unutk memberi kefahaman dan melatih diri untuk menaip dengan lebih laju dan cekap. Dalam era membangun ini, Penggunaan komputer telah berleluasa digunakan. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil tahu terhadap komputer ini. Di dalam kelas ini , kami juga mengajar “shortcut” yang terdapat dalam papan kekunci. Hal ini dapat membantu mereka untuk menaip dengan lebih pantas dengan “shortcut” yang terdapat di dalam papan kekunci. Kami juga menerapkan kepada masyarakat agar melatih diri mereka dengan lebih kerap menaip sebagai contoh buat nota dalam microsoft office. Dengan cara ini, mereka akan dapat lebih mahir dalam menaip. Kelas ini akan kerap kami adakan agar semua penduduk kampung dapat belajar dan ikut serta dalam kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: