Adobe Photoshop (Logo 2)
16 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Adobe Photoshop (Logo 2). Kelas ini diadakan untuk mengajar komuniti untuk menggunakan software Adobe Photoshop dengan cara dan fungsi yang betul. Adobe Photoshop berfungsi sebagai satu medan untuk melukis,mewarna dan melakarkan sesuatu dengan menggunakan mouse dan tools yang disediakan. Kelas ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar komuniti tentang sofware Adobe Photoshop serta melatih mereka tentang cara penggunaan software ini. Dalam kelas kali ini, kami mengajar komuniti untuk mencipta logo. Kami memberi peluang kepada komuniti dengan menggunakan software Adobe Photoshop untuk mencipta logo yang mereka mahu. Dengan bantuan dari kami, kami menerangkan lagi sekali kegunaan dan fungsi tools yang terdapat dalam software ini. Penciptaan logo ini lebih banyak menggunakan tools shape yang membantu untuk mebina bentuk bentuk yang diingini. Kami juga menyelitkan tulisan dalam logo supaya kelihatan lagi menarik. Dengan kreativiti masing-masing, mereka bebas untuk meletakkan dan menukar kedudukan tulisan agar nampak lebih menarik. Seterusnya, memasukkan gambar dalam logo untuk menaikkan lagi kreativiti. Kami juga turut ajar cara untuk mewarnakan bentuk-bentuk tertentu. Dengan ini, logo yang dicipta akan kelihatan lebih menarik dan kemas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: