Online Learning Sesi 2
06 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Februari 2017, Kelas Online Learning Sesi 2 telah dijalankan. Kelas ini dijalankan bagi membantu generasi muda dalam pelajaran. Sambutan dalam kelas ini amat memuaskan dengan penglibatan penduduk kampung. Pembelajaran ini dijalankan menggunakan sumber dari internet. Kelas ini berlangsung bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Kelas Online Learning Sesi 2 ini dijalankan juga adalah untuk membantu meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran. Kami membantu dalam mata pelajaran penting seperti matematik, bahasa inggeris dan sains. Sedikit sebanyak juga kami dapat memberi tip untuk menjawab soalan dengan mudah. Pada Kelas Online Learning Sesi 2 ini, kami lebih tekankan dalam mata pelajaran matematik. Kami memberi formula dan tip untuk menjadikan matematik itu seronok dan mudah difahami. Kelas ini juga menerapkan mereka untuk menghafal formula formula penting bagi memudahkan untuk menjawab soalan kelak. Kelas ini akan diteruskan lagi untuk minggu minggu seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: