Kelas Microsoft Power Point
18 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 17 Februari 2017, Kelas Microsoft Power Point telah dijalankan untuk memberi pendedahan tentang cara menggunkan power point. Didalam kelas ini, kami memberi pembelajaran mengenai cara menggunakan fungsi-fungsi yang ada dalam power point ini. Sambutan kelas ini juga amat memuaskan dengan penglibatan generasi muda penduduk kampung. Kelas ini dijalankan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 pagi.
Kelas Microsoft Power Point ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti untuk memanfaatkan kemudahan teknologi yang disediakan. Power point ini boleh dijadikan medan untuk berkongsi maklumat dengan cara penyampaian melalui slideshow. Hal ini kerana Power Point ini “user friendly” dan mudah untuk digunakan. Kebiasaannya, power point ini banyak digunakan dalam kalangan guru dan pelajar. Penggunaannya sangat “efficient” dan “effective”.Oleh itu, kemudahan teknologi sebegini perlu diperluaskan kepada komuniti agar mereka dapat menggunakan dengan sebaik mungkin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: