Kelas Membuat Penanda Buku
04 March 2017 | Aktiviti TerkiniPada 3 March 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas membuat penanda buku. Kelas ini diadakan untuk meningkatkan tahap kreatif yang ada pada komuniti. Seramai 8 orang telah menyertai kelas ini. Kelas ini berlangsung bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk memanfaatkan sumber yang terhad untuk menghasilkan sesuatu seperti penanda buku. Berpandukan tutorial melalui Youtube, kami dapat berlajar bersama sama dalam penghasilan penanda buku ini. Selepas siap penanda buku itu, step seterusnya dalah menghias penanda buku agar menjadi lebih menarik dan kreatif. Dengan menggunakan alatan tulis, gunting, marker dan gam, mereka dapat menghasilkan karya tersebut dengan cara mereka tersendiri. Dalam hal ini, kami mendapati bahawa komuniti disini amat kreatif dan dapat mengembangkan kekreatifan mereka pada aktiviti-aktiviti masa hadapan kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: