Pendaftaran eKelas Maxis
16 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan pendaftaran eKelas. Program ini merupakan program selepas sekolah untuk penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Fokus program ini adalah untuk menyediakan pendidikan secara digital buat para pelajar yang tidak mampu kelas tuisyen di luar. Pendaftaran ini dijalankan bermula pada jam 9.00 petang hingga 1.00 petang.
Pada permulaannya, pelajar telah diterangkan mengenai eKelas Maxis dan apa yang terkandung di dalamnya. Sebaik sahaja tamat sesi penerangan, mereka kemudiannya diberi tunjuk ajar untuk mendaftar di dalam portal yang disediakan. Program eKelas terbuka kepada pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: