Rubber Creative
16 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan aktiviti Rubber Creative. Kelas ini diadakan untuk mengajar komuniti untuk meningkatkan daya kreativiti yang ada pada setiap individu.Bahan utama kelas Rubber Creative adalah getah. Dengan getah ini, kami berjaya menghasilkan gelang tangan yang unik. Kelas ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar komuniti tentang pelbagai serbaguna melalui getah. Penghasilan utama yang dapat dihasilkan dari getah ialah gelang tangan. Segala step dan tutorial bagi penghasilan gelang tangan ini didapati dalam artikel yang kami jumpa. Semasa aktiviti dijalankan, kami memerlukan fokus yang tinggi untuk mengelakkan step yang kami ikuti tertinggal atau terlebih. Hal ini akan menyebabkan penghasilan gelang tangan ini tidak berkualiti dan terdapat cacat cela. Oleh itu, aktiviti ini dijalankan untuk mempelajari tentang kesungguhan dalam melakukan setiap kerja dan sifat tidak putus asa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: