Bengkel Script to Screen (SKS)
16 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2017, Bengkel Script to Screen (SKS) dilaksanakan pada hari Rabu, 15 sehingga 16 November 2017 bertempat di Multimedia Universiti, Nusajaya. Bengkel ini telah disertai oleh 30 orang. Bengkel ini telah berlangsung selama 9 jam bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Bengkel Script to Screen (SKS) merupakan salah satu cara bagi bagaimana untuk peserta yang terdiri daripada staf Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia dapat mengetahui cara untuk membuat video produk dan membantu usahawan setempat mempromosikan produk mereka.
Bengkel ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Multimedia Universiti. Pesertanya terdiri daripada staf Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia dan juga pelajar Multimedia Universiti yang menjadi fasilitator selama dua hari bengkel itu berlangsung. Di akhir bengkel ini peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diminta membuat video produk. Hadiah diberikan kepada pemenang video produk tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: