Bengkel Kepentingan Kawalan Kendiri Dikalangan Usahawan Internet
03 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2017, Bengkel Kepentingan Kawalan Kendiri Dikalangan Usahawan Internet dilaksanakan pada hari Khamis, 2 November 2017 bertempat di Hotel Renaissance, Johor Bahru. Program ini telah disertai oleh 100 orang peserta. Program ini telah berlangsung selama 8 jam bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Bengkel Kepentingan Kawalan Kendiri Dikalangan Usahawan Internet merupakan salah satu cara bagi bagaimana untuk usahawan dapat mengetahui cara untuk berniaga diatas talian.
Bengkel ini dianjurkan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dibawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Pesertanya dihadiri oleh usahawan, staf Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia dan juga kakitangan awam dan swasta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: