Tayangan Video Negatif Internet
18 March 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 March 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia telah mengadakan Tayangan Video Tentang Negatif Internet. Tayangan video ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan kesan apabila kemudahan internet ini disalahlakukan. Marcapada, generasi muda lebih mudah dengan pendedahan negatif dari sumber sumber yang tidak baik dari internet. Justeru Kelas ini diadakan untuk mengelakkan dari gejala negatif beleluasa. Program ini berlangsung bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 pagi.
Tayangan Video ini melalui sumber dari youtube yang diketuai oleh Penolong Pengurus, En Hafiz. Semasa Tanyangan dijalankan , Penerangan turut diberikan oleh En Hafiz supaya mereka lebih memahami. En Hafiz juga turut menerangkan tentang cara-cara kita sebagai pengguna untuk menggunakan internet dengan lebih selamat dan berguna. Mengikut kajian, generasi muda lebih terdedah dengan negatif internet berbanding generasi dewasa. Hal ini kerana mereka lebih awal pendedahan tentang Internet melalui telefon pintar, komputer dan laptop. Justeru, kita perlu berwaspada terhadapa generasi muda dan memantau mereka agar sumber sumber ngatif tidak tersebar. Setelah selesai tayangan, sesi soal jawab dibuka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: