Majlis Sambutan Maulud Tahun 2018
28 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Januari 2018, Majlis Sambutan Maulud Tahun 2018 dilaksanakan oleh JKK Kg Semangar dan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam. Program ini merupakan program tahunan. Ianya merupakan salah satu cara bagi menjalinkan hubungan mesra antara masyarakat dengan pihak Pusat Ekonomi Digital .
Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan islam dalam jiwa masyarakat. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim komuniti serta memberi peluang kepada generasi muda mengasah bakat dan meningkatkan kesedaran komuniti dalam perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital . Ibu bapa yang turut serta juga memainkan peranan penting bagi pihak pengurusan lebih mengenali komuniti dan dapat menjadikan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia ini sebagai Pusat Ilmu dimasa akan datang kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: