Kelas Doodle Creative

05 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Mei 2018, Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam telah mengadakan kelas Doodle Creative untuk para pelajar. Kelas ini diadakan pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam. Seramai 8 orang ahli yang telah menyertai kelas ini. Pelajar diberikan alatan melukis seperti kertas, pensil, marker colour dan pen colour.

Pelajar juga menggunakan aplikasi google.com bagi mencari idea menghasilkan doodle art masing-masing. Objektif kelas ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli dan petugas PI selain mengisi cuti hujung minggu dengan aktiviti berfaedah serta mengasah bakat melukis disamping melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali