Kelas Jigsaw Puzzle

06 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mei 2017, Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam telah mengadakan kelas “Menyusun Jigsaw Puzzle” sempena musim cuti sekolah. Kelas ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kelas ini diadakan adalah untuk melatih dan merangsang minda dan daya tumpuan para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dalam menyelesaikan masalah.

Dengan cara ini juga dapat melatih “soft skills” dalam diri setiap peserta. Contohnya dapat dilihat dari segi komunikasi dan kerjasama yang mereka tunjukan dalam menyelesaikan jigsaw puzzle ini. Harapan para peserta agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan di dalam komuniti kerana aktiviti-aktiviti seperti ini sangat memberi manfaat kepada mereka untuk meningkatkan kebolehan “soft skills” diri dan ilmu pengetahuan dalam ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali