Kelas Agro

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2018, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas agro. Kelas ini diadakan untuk memberi peluang mereka mempratikkan ilmu yang dipelajar pada kelas sebelum ini. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Kelas agro ini dijalankan dengan mengunakan kacang hijau. Kami mengajar cara sains dengan menggunakan bahan yang mudah dan senang untuk diperolehi. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan bahawa sains dan agro adalah saling berkait rapat dan sangat seronok untuk dipratikkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali