Kelas Membuat Email
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2018, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg. Semangar Dalam telah mengadakan Kelas membuat email (Gmail). Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar terhadap pendedahan email dalam kehidupan. Program ini berlangsung bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat terhadap kemudahan email pada masa kini. Penggunaan email ini dapat menjimatkan masa dan kos bagi pelajar untuk menghantar surat, fail dan berkongsi dokumen dengan kadar segera. Hal ini juga dapat membantu untuk lebih up to date dengan perkembangan semasa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: