Kelas Seni Kreatif Frame Gambar

21 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2018, Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Seni Kreatif : Frame Gambar. Aktiviti ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan cara menggunakan internet untuk mempelajari cara membuat Frame Gambar menggunakan batang ais krim, mencungkil bakat para peserta menghasilkan kraf tangan serta memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam seni kreatif.

Peserta dikehendaki menghasilkan frame gambar menggunakan batang ais krim berpandukan video dari YouTube. Dengan aktiviti seperti ini ia dapat memupuk minat para peserta dalam seni kreatif, mengasah kreativiti serta menggunakan platform media sosial “You Tube” untuk belajar membuat kraf tangan. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim PI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali