Kelas Waktu
25 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2018, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas membuat jadual waktu untuk selepas sesi persekolahan. Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk membuat aktiviti yang berfaedah selepas waktu sekolah. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Kelas ini dijalankan adalah untuk memberikan masa yang bermanfaat agar mereka membuat aktiviti dirumah dengan berfaedah. Kelas ini bertujuan agar setelah mereka menyiapkan kerja sekolah mereka, mereka dapat mempunyai masa riadah bersama keluarga dengan terancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: