Kelas Mewarna 3D
22 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2018, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kg. Semangar Dalam telah mengadakan kelas mewarna 3D. Kelas ini telah berlangsung dari jam 02.00 petang hingga 05.00 petang. Kelas ini dijalankan untuk memberi pembelajaran dalam 3D animasi melalui aplikasi Quiver. Staf Pusat Ekonomi Digital telah membuat percetakan lukisan daripada website Quiver dan memberi arahan kepada pelajar bagaimana cara menghasilkan 3D melalui lukisan tersebut selepas diwarnakan.
Untuk menghasilkan 3D staf Pusat Ekonomi Digital telah mengimbas code lukisan tersebut dan terhasilnya 3D daripada lukisan tersebut. Diharapkan program seperti ini dapat memberi pengalaman baru kepada remaja mengenai aplikasi 3D dalam masa sama mengcungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: