Pertandingan Mobile Legend

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

12 Mei 2018, Pusat Ekonomi Digital 1 Kg. Semangar Dalam telah mengadakan satu pertandingan khas untuk belia. Pertandingan Mobile Legend merupakan pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Pusat Ekonomi Digital . Pertandingan ini bertujuan menarik golongan belia untuk ke Pusat Ekonomi Digital , seterusnya memanfaatkan kemudahan Pusat Ekonomi Digital untuk pembangunan belia melalui medium internet. Pertandingan dengan format kalah-mati ini disertai oleh 3 kumpulan.

Pertandingan ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam akan sentiasa cuba melaksanakan aktiviti yang sesuai demi untuk menarik penyertaan daripada pelbagai pihak. Semoga dengan usaha Pusat Ekonomi Digital ini, hasilnya nanti akan memberi impak positif kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali