Kelas “Online Crossword Puzzles”

26 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2018, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam, telah diadakan kelas ‘online crossword puzzles’ bersama-sama ahli Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam. Kelas ini juga bertujuan untuk menguji minda dan daya ketangkasan pelajar serta menanam sikap fokus dalam diri pelajar khususnya ketika menyelesaikan sesuatu tugasan mahupun sebarang aktiviti. Seterusnya untuk memupuk semangat bersaing antara mereka secara sihat.

Pada permulaannya, pengajar memberi penerangan tentang aktiviti ‘crossword puzzles’ dan berikutnya pelajar mula melakukan aktiviti mencari perkataan yang terdapat di dalam kolum ‘crossword puzzles’ secara atas talian. Diharapkan aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk lebih berpengetahuan di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali