Kelas Latihan Futsal

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2018, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas latihan futsal selama 3 jam. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan skil futsal serta meningkatkan kecergasan badan para pelajar untuk bertanding sukan futsal peringkat sekolah.Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Kelas latihan futsal ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan bermain sukan futsal kepada mereka. Kami mengajar cara dengan memberi mereka latihan asas. Setiap pemain mempunyai peranan masing-masing. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberikan memberi semangat dan keyakinan untuk mereka bertanding nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali