Kelas Daftar Online PTPTN

13 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2018, Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam telah mengadakan kelas daftar Online PTPTN. Kelas ini diadakan pada jam 12.30 tengahari hingga 4.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Kg. Semangar Dalam. Tujuan latihan ini diadakan adalah khusus kepada pelajar lepasan SPM yang sudah menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS.

Latihan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta bagaimana dan cara untuk mengisi borang permohonan PTPTN. Latihan ini telah dibimbing oleh petugas PI Kg. Semangar Dalam dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali