Penilaian E-Kelas Tahun 6 Sesi 3

10 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat, Penilaian e-Kelas Tingkatan 1 telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 1 jam bermula pada pukul 04.30 petang dan berakhir pada pukul 05.30 petang.

Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman para pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris bagi pelajar Tingkatan 1 sepanjang tempoh pembelajaran selama 8 bulan melalui e-Kelas.Penilaian tersebut dijawab secara bertulis sebelum dipos kepada pihak e-kelas Maxis.

Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali