Kelas Keusahawanan Bersama AIM Kg.Semangar

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 November 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg.Semangar Dalam dan AIM Kg.Semangar telah mengadakan Kelas Keusahawanan Bersama AIM Kg.Semangar selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi penerangan kepada peserta tentang pemasaran produk secara atas talian seperti Facebook,Instagram dan Website.

Selain itu,kelas ini juga diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara usahawan AIM,staf Perpusatakaan Desa Kg.Semangar dan staf Pusat Ekonomi Digital .Taklimat KDB juga turut diadakan yang mana para usahawan telah diterangkan mengenai phishing dan scam. Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami.Para peserta juga dapat menimba ilmu baru mengenai KDB yang amat penting dalam melindungi aktiviti dan perusahaan keusahawanan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali