Kelas Augmented Reality

17 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Augmented Reality selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 02.00 petang hingga 05.00 petang. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran dalam 3D animasi melalui aplikasi Quiver.

Staf Pusat Ekonomi Digital telah membuat percetakan lukisan daripada website Quiver dan memberi arahan kepada pelajar bagaimana cara menghasilkan 3D melalui lukisan tersebut selepas diwarnakan. Untuk menghasilkan 3D staf Pusat Ekonomi Digital telah mengimbas code lukisan tersebut dan terhasilnya 3D daripada lukisan tersebut. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar mengenai aplikasi 3D dalam masa sama mengcungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali