Kelas ICT – Membuat Akaun Email
19 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas ICT – Membuat Akaun Email selama 2 jam 30 minit bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu mereka membuat akaun email yang dapat mempermudahkan urusan mereka dalam mengakses aplikasi dan media sosial .Selain itu,akaun email ini juga dapat digunakan mereka dalam melakukan tugasan-tugasan rasmi dan formal bersama pihak lain dengan lebih cepat. Kami mengajar cara membuat email dari asas dan mengisi maklumat peribadi. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberikan asas ICT kepada mereka dan untuk tujuan yang lebih efektif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: