Misi Digital e-Kelas Maxis Tahun 6-F1

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 01 November 2019 bersamaan hari Jumaat, Misi Digital e-Kelas Maxis Tahun 6-F1 telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 1 jam bermula pada pukul 03.00 petang dan berakhir pada pukul 04.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi pengumuman kepada peserta mengenai misi digital ketiga oleh pihak e-Kelas Maxis. Diharapkan dengan adanya misi digital ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali