e-Kelas Maxis Tahun 6

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019 bersamaan hari Sabtu, Tuisyen e-Kelas Maxis Tahun 6 telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pada setiap hari Sabtu, mereka akan mempelajari subjek Matematik dan Sains.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dalam subjek-subjek teras yang dipelajari mereka di sekolah secara "live tutorial". Mereka dapat belajar,membuat aktiviti berkumpulan dan bertanya soalan pada guru melalui tuisyen ini. Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali