Penilaian e-Kelas Tahun 6 Sesi 4
13 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat, Penilaian e-Kelas Tahun 6 Sesi 4 telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 1 jam bermula pada pukul 03.30 petang dan berakhir pada pukul 04.30 petang. Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman para pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris,Sains dan Matematik bagi tahun 6 sepanjang tempoh pembelajaran selama 8 bulan melalui e-Kelas.
Penilaian tersebut dijawab secara bertulis sebelum dipos kepada pihak e-kelas Maxis dan juga dijawab melalui portal. Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: