Kelas E-Learning - Explore English Sesi 3

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019, bersamaan hari Sabtu, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning- Explore English Sesi 3 selama 3 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Kelas ini telah dihadiri seramai 7 orang peserta.

Kelas ini merupakan sambungan pada kelas sebelum ini atas permintaan peserta sendiri .Tujuan kelas ini adalah untuk mengajak peserta untuk lebih minat dan memahami Bahasa Inggeris dengan cara pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. . Staf PI telah menggunakan channel “English Singsing” di aplikasi Youtube bagi memudahkan mereka memahami setiap tatabahasa dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali