Program Tayangan Video dan KDB Bersama Tabika Kemas JAKOA Darul Nasuha

25 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg.Semangar Dalam dan Tabika KEMAS (Jakoa) Darul Nasuha Kg.Semangar telah mengadakan Program Tayangan Video dan KDB 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tabika tentang pembelajaran online yang lebih mudah dan menyeronokkan. Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami.Para peserta juga dapat menanamkan sikap ingin tahu di dalam diri mereka melalui penyertaan setiap aktiviti yang dirancang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali