Kelas Microsoft Words 1

10 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Oktober 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Kelas ini diadakan dengan kerjasama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha Kg.Semangar Dalam. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cilik tentang kegunaan Microsoft Words.Mereka telah diajar menaip huruf dan nombor dengan bantuan staf Pusat Ekonomi Digital . Pada akhir kelas,peserta berasa sangat seronok dengan kaedah baru pembelajaran mereka dan berharap ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali