Kelas Kenali Malaysia

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 September 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg.Semangar Dalam dan Tabika KEMAS (Jakoa) Darul Nasuha Kg.Semangar telah mengadakan Kelas Kenali Malaysia selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang sejarah negara Malaysia dan menanamkan sikap patrioritik di dalam diri setiap peserta.Para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak tabika ini telah diminta untuk menyanyikan lagu Negaraku,mengenali bendera Malaysia dan juga diberi latihan mewarna logo sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini.Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami.Para peserta juga dapat menanamkan sikap patrioritik di dalam diri mereka melalui penyertaan setiap aktiviti yang dirancang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali