Kelas E-Learning - Matematik Tahun 2 Sesi 1

2 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Februari 2019, bersamaan hari Jumaat, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning- Matematik Tahun 2 Sesi 1 selama 3 jam bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 05.30 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta. Tujuan kelas kali ini diadakan adalah untuk membantu peserta meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam subjek Matematik.

Selain itu,peserta diajar cara-cara belajar Matematik dengan kaedah yang mudah dan menyeronokkan. Peserta diajar mengikut silibus yang diajar di sekolah. Staf PI juga telah menggunakan saluran berilmiah di aplikasi Youtube bagi memudahkan mereka mempelajari sifir dan abakus. Pada akhir kelas,peserta dapat memahami apa yang dipelajari dan berharap agar ada sambungan pada kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali