Kelas Postermywall

16 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Postermywall selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 02.00 petang hingga 05.00 petang. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan fungsi yang terdapat di dalam aplikasi Poster Mywall: Free Poster Online & Flyer Maker ini.

Mereka telah diberikan tugasan untuk membuat satu poster yang mengandungi gambar dan perkataan bertemakan Deepavali. Mereka diberikan masa selama satu jam untuk menyiapkan poster tersebut dengan menggunakan segala peralatan yang terdapat di dalam laman Poster Mywall: Free Poster Online & Flyer Maker.Di akhir kelas multimedia ini,mereka telah berjaya menghasilkan poster berdasarkan tema yang telah ditetapkan dan mereka juga telah memahami setiap pelajaran berkaitan dengan poster online ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali