Kelas Quiver
23 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Quiver selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Kelas ini diadakan dengan kerjasama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha Kg.Semangar Dalam. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran dalam 3D animasi melalui aplikasi Quiver.
Staf Pusat Ekonomi Digital telah membuat percetakan lukisan daripada website Quiver dan memberi arahan kepada pelajar bagaimana cara menghasilkan 3D melalui lukisan tersebut selepas diwarnakan. Untuk menghasilkan 3D staf Pusat Ekonomi Digital telah mengimbas code lukisan tersebut dan terhasilnya 3D daripada lukisan tersebut. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar mengenai aplikasi 3D dalam masa sama mengcungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: