Kelas Microsoft Words - Snapshot Calendar
3 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 02 Februari 2019, bersamaan hari Sabtu, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words - Snapshot Calendar selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada para peserta akan kegunaan lain Microsoft Word yang boleh diteroka dan dipraktikkan.Pada kali ini,staf PI memperkenalkan mereka akan Snapshot Calendar yang boleh diubah gambar,template,dan design mengikut pilihan masing-masing.Kalendar pilihan mereka ini boleh digunakan apabila mereka perlu mengetahui tarikh.Pada akhir kelas,peserta dapat menghasilkan kalendar pilihan masing-masing selain dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan Microsoft Words.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: