Kelas Speed Typing

18 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Speed Typing selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 05.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan ntuk membantu peserta cara menaip dengan pantas dengan menggunakan kaedah yang betul dan senang diingati.

Peserta telah diminta untuk membuka laman sesawang www.speed typing online.com dan di situ mereka akan dilatih mengikut silibus yang terdapat pada laman tersebut. Pada akhir kelas, para peserta dapat mengingat kaedah perletakan setiap jari di papan kekunci dengan betul dan seterusnya dapat menaip dengan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali